About YJM
Activities
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)
Halfway House
Research Fellowship Awards
Inherited Cholesterol Disorder
Health Article
World Heart Day
Calendar of Events
News
- YJM Video
Archives
YJM Facilities
Contact Us









  News
June 2010
 
 
                              
 
 
_______________________________________________________________________________________________________
 
August 2009
 
 
 
 
 
Yayasan Jantung Malaysia buka bangunan penginapan orang ramai


 

 

Sultan Ahmad Shah bersalaman dengan Dr. Abdul Majid Ismail pada Majlis Perasmian Bangunan Wisma Yayasan Jantung Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

 
 

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ahli keluarga pesakit jantung yang mendapatkan rawatan di

Institut Jantung Negara (IJN) kini tidak perlu lagi runsing memikirkan tempat penginapan kerana sebuah bangunan untuk tujuan itu telah disediakan untuk mereka.

Bangunan tersebut yang terletak berdekatan dengan IJN dan dibangunkan oleh Yayasan Jantung Malaysia, menyediakan 30 katil untuk tujuan tersebut.

Ahli keluarga pesakit yang menggunakan kemudahan tersebut dikenakan bayaran paling minimum iaitu antara RM15 hingga RM65 sehari.

Bangunan yang dikenali sebagai Wisma Yayasan Jantung Malaysia itu hari ini dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang juga Penaung Yayasan Jantung Malaysia.

Ketika bertitah pada majlis perasmian itu, Sultan Ahmad Shah berkata, ikatan kekeluargaan antara pesakit dan ahli keluarga dapat dieratkan dengan adanya kemudahan itu.

''Kasih sayang serta sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga mampu membantu pesakit untuk sembuh dengan lebih cepat.

''Diharapkan lebih banyak kemudahan seperti ini dapat disediakan oleh pihak swasta melalui kerjasama dengan pihak kerajaan,'' titah baginda

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Tan Sri Dr. Abdul Majid Ismail berkata, kejayaan membina wisma berkenaan membuktikan keprihatinan segenap lapisan masyarakat terhadap pesakit jantung.

''Kejayaan yang diperoleh Yayasan Jantung Malaysia hari ini adalah atas sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung oleh individu, badan korporat, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Melalui keprihatinan dan sumbangan tersebut, pelbagai program kesihatan berkenaan pencegahan penyakit jantung di kalangan masyarakat dapat diteruskan oleh yayasan,'' katanya.

Wisma berkenaan memiliki lapan bilik dan dua asrama untuk lelaki dan wanita.

 


 Print Friendly